skip to main | skip to sidebar

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda

Sponsored by the search engine optimization services internet guide.

kura-kura ku sayang...


Click Here To Adopt Your Own Pets

Kami bangga menjadi warga IPBA

Daisypath Anniversary Years Ticker

Yesterday,Today and Tomorrow...


Free Blog Content

Pukul Berapa Datuk Harimau?


Crab this clock widget here

K.A.M.I

My Photo
kami bakal guru
.HASFATASHA HALIM. .MAZLINDA ADNAN. .PISMP SEMESTER 5. .IPGM KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA.
View my complete profile

Cerita Lama

  • ▼ 2009 (14)
    • ▼ April (13)
      • PRAKTIS KENDIRI 3
      • PRAKTIS KENDIRI 2
      • PRAKTIS KENDIRI 1
      • BIJAK MENGURUSKAN DIRI
      • Saya Bertutur dengan Sopan
      • Penampilan Diri yang Positif
      • Beriadah Menjamin Kesihatan
      • Jaga Kebersihan Diri
      • Makanan Seimbang
      • PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4
      • Kandungan Pendidikan Sivik dan KewarganegaraanKand...
      • MATLAMAT & OBJEKTIF PSK
      • PENGENALAN PSK
    • ► March (1)

Rakan-rakan Seperjuangan

  • Ahmad & Fikri
  • Amali & Sharizan
    Mengenal Negara Kita
    16 years ago
  • Azrizad & Hanif
    Mengapa sepi??
    16 years ago
  • Fadzli & Taufik
    Sejarah bakal menggantikan Kajian Tempatan dalam KSSR
    12 years ago
  • Hamzah & Khairul
    16 years ago
  • Iqhwan & Syafiq
    Falsafah Pendidikan Kebangsaan
    15 years ago
  • Nadihah & Taiebah
    Jenis tumbuh-tumbuhan semuajadi di kawasan zon iklim dunia
    16 years ago
  • Shamimi & Shima
    Penghargaan
    16 years ago
  • Shamsiah & Zahira
    Latihan Pengukuhan
    16 years ago

Pautan Wajib

  • BERITA HARIAN
  • BERNAMA
  • GOOGLE
  • IPBA
  • KPM
  • NST
  • THE STAR
  • UTUSAN MALAYSIA
  • WIKIPEDIA
  • YAHOO

IP Anda

IP
get yours here

Followers

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

23 April 2009

PENGENALAN PSK

Pendahuluan

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran yang memainkan peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah rendah bagi melahirkan murid yang dapat menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara. Mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada perkembangan diri hubungan dengan orang lain dan interaksi dengan persekitaran. Mata pelajaran ini juga adalah wahana bagi mewujudkan semangat perpaduan dan apresiasi pelbagai budaya masyarakat negara ini. Kandungan mata pelajaran ini membolehkan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik bagi menghadapi cabaran masa depan.

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menekankan empat prinsip pendidikan yang penting iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know) belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be). Belajar untuk mengetahui membolehkan murid menguasai ilmu bagi membina perasaan dan tingkah laku sivik. Belajar untuk bertindak merujuk kepada aplikasi

pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian murid yang dikembangkan menerusi aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah. Belajar untuk membentuk peribadi membolehkan murid berkembang secara menyeluruh dari segi rohani, intelek, fizikal, emosi dan sosial. Prinsip belajar untuk hidup bersama merupakan asas dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Melalui prinsip ini, perpaduan dalam keluarga, komuniti dan masyarakat pelbagai kaum dapat dipupuk.

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah mata pelajaran teras untuk semua murid sekolah rendah Tahap II. Selaras dengan ini, pihak sekolah bertanggungjawab membina sahsiah dan potensi murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu bagi murid untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab sivik. Murid juga perlu dipupuk dengan pemikiran kritis dan kreatif serta kesedaran sivik untuk melahirkan individu yang dapat memainkan peranan yang berkesan dalam keluarga dan masyarakat.

p
Posted by kami bakal guru at 11:16 AM

1 comments:

kethe said...

ae830 vivobarefoot belgique,timberland skor,vionicsneakersnederland,eccodama,timberlandhombre,timberland apavi,danner hiking boots uk,dr martens japan,vionic sko vw351

February 4, 2023 at 9:25 PM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod | Distributed by Deluxe Templates